Assalamualaikum wbt....
Kecewa dan sedeyh
bila ana baca perbualan sahabat ana
Kecewa dan sedeyh bila memikiran
Tiada batasan pergaulan dan pemikiran
Antara mereka
Kecewa dan sedeyh bila memikirkan
Sahabatku ini pernah
Melakukan perkara yang tidak elok
Pada waktu itu
Kecewa dan sedeyh bila sahabatku ini
Tanpa segan silu mengajak
Kawan nya itu melakukan
Perbuatan yang sama.
Sesungguhnya ana rase teramat kecewa dan sedeyh
Bila owg yg kite hormati
Melakukan perkara yang tidak elok
Terlalai dengan kancah
Nafsu yg tidak pernah
Kenal erti puas
Yg indahnya hnya sementara
Sedeyh… sedeyh sgt bila memikirkannya
Tetapi bersyukur….
Itu hanya kejahilannya dulu
Yg tidak lagi mengulanginya
Waktu ini..
insyaAllah tdk mengulanginya
ana harap dia tdk mengulanginya
berdoa moga dia tdk mengulanginya
impian ana dia tidak mengulanginya
ya Allah moga dia tdk mengulanginya
ana taw sepatutnya ana melihat siapa dirinya
pada waktu sekarang
bukan nya melihat kejahilannya
yang dulu
tetapi sbg manusia biasa
yang mempunyai kelemahan
hati ini rasekan bagai
ditusuk seribu mata pedang
yang sakitnya memakan diri…
tetapi…. Bila ana pandang
diri ana yang serba kekurangan
yang selalu juga melakukan
kesilapan-kesilapan
tanpa sedari dan sengaja
ana tersenyum sendiri…
ana berkata pada diri sendiri…
“aku juga bukanlah seorang yang maksum.
Yang tidak pernah melakukan kesalahan..
Bahkan begitu banyak dosa yang
Pernah aku lakukan ketika masa dulu…”
Sekiranya sakit hati ini dan kegelisahan ini
Merupakan kafarah dosa semalam
Ana redha……jauh disudut hati ana..
Sanubari berbisik….
“setiap kemanisan yang Allah akan bagi…
Pasti akan ditempuhi dengan
Kepahitan dahulu…
Kerana manisnya nikmat Allah
Takkan terluah dengan ucapan
Bibir….”
Ana biarkan diri ana dan dirinya
Untuk berdiam diri untuk
Sementara waktu
Untuk bersama-sama bermuhasbah diri…
Untuk dia tahu diam itu
Untuk menghilangkan rasa sedeyh dan kecewa
Di dalam hati….
Ana cube untuk bersabar dalam kecewa…
Dengan harapan semoga…
Dia juga bersabar dalam ujianNya..
Semoga sahabatku itu beristiqamah
Dalam taubat dan kebaikkannya..
Tidak mengulangi lagi perbuatan2
Yang hanya berlandaskan nafsu duniawi…
ana cube utk tdk mengingati
perbuatan sahabatku ini
semakin terasa sakitnya
dan semakin kuat ingatannya
sekiranya sakit ana rase ini dapat
menebus kesilapan ana semalam….
inilah kafarah dosa
ana semalam
InsyaAllah….
Semoga dgn mendiamkan diri
Utk seketika memberi
Hikmah kepada sahaabt
Ana itu dan diri ana sendiri
Untuk memikirkan dan
Bermuhasabah diri betapa
Hina dan kejinya kite dihadapan
Allah dengan dosa-dosa yang
Pernah dibuat…
Semoga hati kite semua tidak terhijab
Dengan perkara-perkara kotor yang pernah
Dilakukan ketika waktu dahulu
Mahupun akan datang… InsyaAllah…
Mari sama-sama berdoa
dengan ana…..
Ya Allah ya Tuhanku, yang Maha mengasihani, jadikanlah aku
dan orang-orang yang berada di sekelilingku, yang menyayangiku, yang
disayangiku, menjadi hambaMu yang sentiasa bertaubat kepadaMu atas dosa-dosa
lalu dan dosa-dosa akan datang, wahai Tuhan yang bisa membolak-balikkan hati
manusia, janganlah hilangkan kasih sayang kami tetapi jadikanlah rasa kasih yang
selalu mengingatkan kami kepadaMu, sesungguhnya Engkaulah pemilik hati dan
cinta manusia, jadikanlah kami seorang yang memandang kebaikkan saudara-saudara
kami lebih daripada keburukan mereka, wahai Tuhan, Allah yang Maha menerima
taubat lagi Pemberi nikmat dan Mengasihani…. Aaminn…
p/s : mencintai seseorang kerana agama yang ada padanya tetapi
apabila dia mencalarkan agamanya dengan melakukan laranganNya, sakitnya hanya
Allah yang tahu. Terima kasih kepada orang-orang yang mencintaiku kerana
Allah dan maafkanlah diri ini jika pernah menyakiti hatimu kerana tidak
menerima balasan-balasan kasih sayangmu. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu
membalas rasa sayang dirimu itu.
as'kum.. molep deh ^_^
as'kum.. molep deh ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan